Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 14
19 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 14 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.
Pada minggu ke 14, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari tentang pemasangan Smart Watering Device (apps) di sekitar tanaman. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja menyiram tanaman dengan menggunakan teknologi iaitu aplikasi yang telah dimuat turun daripada telefon bimbit.
Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: